Kerana terlalu obses dengan kecantikan diri, tindakan kurang bijak Lindsay Lohan menjadi bahan lawak di laman sosial Instagram.
Baru-baru ini Lindsay dimasukkan ke hospital akibat
Demam Chikungunya yang dialaminya. Setelah menjalani rawatan lanjut,
bintang penuh kontroversi ini kembali pulih sepenuhnya dan dibenarkan
untuk pulang ke rumah.
Melalui akaun Instagramnya, Lindsay telah memuat naik
sebuah foto selfie seksinya yang menampakkan sisi perut kurusnya di
dalam bilik mandi. Sekilas pandang foto tersebut sememangnya tampak
seksi dan cantik.

Namun apa yang menjadi bahan jenaka dan bualan
pengikut Lindsay di Instagram apabila adalah imej botol-botol barang
mandian Lindsay seakan seperti melengkung.
Ternyata Lindsay cuba menipu bentuk badan nya seksi dan ramping sedangkan foto tersebut hanya suntingan menerusi Photoshop semata-mata.
Perkara tersebut membuatkan para pengikut dan
peminatnya menjadikan gambar tersebut bahan jenaka dan mengutuk penipuan
yang dilakukan oleh Lindsay. Credit Astrogempak



Catat Ulasan